LIKE US

Monday, January 20, 2014

GEAR



Penggunaan gear dgn betul utk kereta automatik

Harap sama2 dpt kongis info yang bagus disini.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gear box rasanya.

kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

pernah tegur org semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar.
kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

https://www.facebook.com/fairus.ibrahim.9

Thursday, January 16, 2014

Hilangkan bau durian di dalam kereta

Cara murah dan mudah untuk kita menghilangkan bau durian di dalam kereta adalah mengikut petua orang-orang tua seperti di bawah. Anda boleh cuba dulu, tapi bau itu memang tak akan hilang dengan serta-merta.


durian

1. Balut buah durian itu dengan daun ubi kayu atau betik atau apa-apa daun yang kelebarannya boleh menutupi kelebaran buah durian.

2. Cuba letak separuh buah nenas yang telah dipotong. Bau durian itu akan diserap oleh nenas.

3. Cuba letak daun pandan, terus hilang bau.

4. Letakkan beberapa keping roti (semua jenis roti boleh) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan beberapa jam, bau durian akan hilang.

5. Letakkan beberapa ketulan kayu arang di kawasan yang berbau durian. Arang akan menyerap kesemua bauan tersebut.

6. Serbuk kopi (tak kisah cap apa pun) juga boleh menyerap bauan tak sedap. Bungkus serbuk kopi dalam kain atau masukkan dalam bekas kemudian letak di dalam kereta.

7. Letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Bau durian itu juga akan hilang diserap.

8. Letakkan bekas cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Cuka akan mengurangkan bau tersebut.

9. Masukkan semua durian dalam bungkusan beg plastik dua atau tiga lapis kemudian ikat ketat-ketat sebelum letak di dalam bonet keret. Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu, jangan pasang pendingin hawa. Biarkan udara memasuki kereta anda itu.

Sumber: http://firestartingautomobil.blogspot.com

Periksa punca stereng berat

stereng


Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan, terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apa perlu dilakukan bila berhadapan keadaan sebegini?

1. Periksa tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkat kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

2. Periksa kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan, termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan:

1. Tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama

2. Diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama

3. Penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya.

4. Brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini:

1. Pastikan beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

2. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

3. Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

Sumber: http://www.kereta2u.blogdrive.com/

Tuesday, January 14, 2014

Khidmat tunda cekik darah

BANDA HILIR - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) menceritakan pengalamannya apabila dia dipaksa sekumpulan lelaki membayar sejumlah wang bagi mendapatkan khidmat menunda kereta selepas dia terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Senawang, Sabtu lalu.

Pelajar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Yogendren, 23, berkata, ketika itu dia bersama empat rakan lain sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Port Dickson sebelum keretanya terlibat kemalangan itu di kilometer 243.3 menghala ke utara.

Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.45 malam itu, kereta yang dipandu Yogendren dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda sehingga mengakibatkan keretanya berpusing beberapa kali serta melanggar pembahagian jalan.

Katanya, mujur dia bersama empat rakan lain hanya mengalami cedera ringan.

Bagaimanapun, menurut Yogendren, sebaik kemalangan, dia mendapatkan khidmat Plus selepas mendapati kereta mengalami kerosakan teruk hampir seratus peratus.

“Malangnya Plus diharapkan tidak sampai, sebaliknya setelah 10 minit datang dua lelaki berkereta, berusia lingkungan 40-an. Mereka menunjukkan kepada saya kad identiti kononnya mereka adalah kakitangan Plus dan berjanji akan menolong saya serta menghubungi pihak lain.

“Memang kesemua pihak termasuk polis, bomba dan pasukan perubatan datang tetapi paling dikesali dua kenderaan penunda turut sampai dipercayai rakan-rakan dua lelaki tadi dan kemudiannya memaksa kami segera membayar sebanyak RM950 bagi khidmat mereka,” katanya kepada Sinar Harian ketika dirawat di sebuah hospital swasta di sini, semalam.
Yogendren berkata, salah seorang lelaki terbabit juga sanggup mengikut dia ke bank di Senawang setelah menyatakan tidak membawa wang tunai.

“Selepas membayar jumlah berkenaan, dua lelaki tadi muncul dan menuntut saya untuk membayar wang tambahan RM100, kononnya atas perkhidmatan yang diberi sedangkan menurut salah seorang rakan,  dia telah pun meminta sebanyak RM50 di tempat kejadian.
“Saya beritahu saya tiada duit lagi sebab wang yang diberi adalah daripada pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional),” katanya.

Yogendren berkata, bayaran tersebut juga tidak termasuk upah menunda kenderaan ke Melaka sebanyak RM420, selepas dia tidak bersetuju untuk menghantar keretanya ke bengkel yang dicadangkan lelaki berkenaan.

“Paling dikesali, mengapa Plus tidak memantau perkara ini sedangkan mungkin ramai lagi mangsa seperti saya yang mereka jadikan alat untuk mengejar keuntungan.

“Cara mereka bertindak tak ubah seperti ‘gangster’ dan paksa serta membuatkan saya tiada pilihan selain menggunakan khidmat mereka,” katanya yang bercadang membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaik keluar dari hospital.

Sementara, itu, bapa mangsa, yang mahu dikenali sebagai Vellu, 55 berkata, ekoran kejadian itu dia cuba menghubungi Plus dan pihak terbabit menyatakan Plus tidak menyediakan kemudahan menunda kereta kemalangan.

Sementara itu, Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyatakan kekesalannya terhadap Plus sehingga ramai pengguna berdepan masalah serupa.

SINAR HARIAN